Sunday, June 19, 2016

Thanks if you read this

Salahkah hatiku ini?
Untuk menyimpan rasa.
Untuk merasai cinta.
Untuk memiliki cinta.
 
Salahkah hatiku ini?
Ingin juga dicintai.
Ingin juga dimiliki.
Seperti wanita yg lain.

Tidak salah sayang!

Tapi.

Mungkin...
Belum masanya lagi.
Belum masanya lagi untukmu merasai semua itu.
Belum masanya lagi untukmu mencintai seseorang yg belum tentu akan menjadi milikmu.

Tapi.

Ada bimbangnya.
Ada takutnya.

Bila tiba masanya.
Bila ia selasa tanpa rasa.
Bimbang dan takut ianya sukar untuk dibuka semula.

Dipinta untuk menunggu.
Tetapi diam membisu.
Tetapi tiada khabar berita.

Diam aku menunggumu.
Tanpa penat dan jemu.

Mungkin...
Sudah tiba masanya..
Untuk ku buka langkahku.
Perlahan-lahan.
Meninggalkan sekeping perasaan
Yang pernah ku lafazkan kepadamu,
Setahun yang lalu.

Terima kasih.

Salam sayang.
To: You who you know who you are.
Thanks if you read this.


Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera.. 

Hampir setahun lamanya ku tak update blog ini. Alhamdulillah kali ni ku tekad gagahkan jari-jariku untuk berbicara sedikit sebanyak walaupun mata penat mengadap laptop. Sejujurnya banyak perkara yang ingin ku kongsikan sepanjang setahun dua ni, tapi apakan daya jari ini hanya berbicara sekadar yg mampu.

Sesungguhnya 2015 adalah tahun yang sangat mencabar bagi ku. Hati ini diuji dengan rasa yang berbeza. Diuji untuk menjadi manusia yang kental dan kuat. Perginya Hj Abd Rashid ke rahmatullah pada 26 Disember 2015 telah meninggalkan kesan yg besar terhdap kami sekeluarga. Kami diuji dengan kehilangan orang yang sangat kami sayangi. Allah lagi sayangkan arwah atuk. Sentiasa ku ingat pesan atukku untuk sentiasa berdamping dengan Al-Quran. Walau sesibuk mana pun kita, bacalah Al-Quran walau sepotong ayat untuk bersihkan hati kita. Arwah atukku guru Al-Quran ku yang pertama, dialah yang mengajarku aliff ba ta. Seorang datuk yang sangat sayangkan cucu-cucunya, tak pernah berkasar dengan cucu-cucunya. Semoga arwah atukku tenang di sana bersama para solihin disisi Sang Pencipta. InshaAllah.

"Ayoh, kami rindukan ayoh. Semoga ayoh tenang dan tunggu kami semua di sana."
 Al-Fatihah...

 *******


Monday, November 10, 2014

Rindu.

Assalamualaikum, salam 10 hb November 2014.
Allahuakbar, macam tak percaya rasanya. Sekarang dah masuk bulan November. Dah nak habis tahun dah pun. Ermm... berbalik pada tajuk entry ku kali ni, rasa-rasa ada kaitan tak dengan entry ku ini. hehehe. Entah. Ada kot. Teettttt. Sebenarnyalahkan waktu yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Tanggal 30hb November 2014 akan menjadi tarikh keramat bagi ku. acecece. Nak kawin ke? Hehehe. Empat tahun aku kenal dia, empat tahun aku bersama dengannya, empat tahun aku tunang dengan dia, empat tahun jugalah aku bertungkus lumus, membanting tulang, berlari sana sini, berjaga malam dan sebagainya demi dia, akhirnya aku bakal di kawinkan dengan dia, si skrol degree Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar). Hahaha. suspen tak? krik krik krik. Walaupun bukan dengan cemerlang atau first class honours atau first class, sekadar kepujian pun dikira syukur Alhamdulillah. Itu cerita manusia nak konvo. Let's move to another scene. hehehe.. Three, Two, One.. action... 
"Aishh... kenapa rasa kosong ni?"
"Ermmm.. tetiba rasa nak nangis la"
"Aku nak.. dicintai"
"Aku rasa aku nak cari someone yang aku boleh bercerita"
"Ehh.. apa aku buat semua tak kena"
Pernah tak timbul persoalan dan statement tu kat dalam hati kita? Terasa tak sedap hati, gundah gulana, nak nangis, macam-macam lagi rasa yang tak best. Kenapa ye? Memang saya akui saya pernah rasa macam tu. Semua benda yang buat tak menjadi, walaupun ada keluarga, sahabat di sisi, masih rasa kekosongan. Cuba kita renung kembali. Rasa kat mana? Hati? Hati siapa? Kita? Kita ni siapa? Manusia? Siapa yang menciptakan manusia? Tentunya korang boleh jawab. Allah SWT. 
Semua benda yang bernyawa akan kembali kepadaNya. Sebelum terlewat, sebelum ajal datang, sebelum malaikat maut datang utk kali terakhir melawat kita,  sebelum nyawa kita diambil, kembalilah kepada Tuhan yang Satu. Isi kekosongan itu dengan beribadah kepadaNya. Menangislah sepuas-puasnya ketika disujudmu, mengadulah sepuas-puasnya kepdaNya. Wudhuk. Ambil wudhuk apabila kita rasa tak sedap hati, berdoa kepadaNya untuk diberikan ketenangan. Ambil al-Quran. Jika sukar untuk kita baca satu juzuk sehari, bacalah satu muka sehari, jika itu pun berat bagimu, bacalah walaupun sepotong ayat. Ianya akan menjadi 'perfect' bila kita baca bersama dengan terjemahannya. InsyaAllah, hati yang gundah menjadi tenang. Zikir. Bertambah tenang jika kita dapat mengamalkan zikir. Mengalunkan zikir, mendengar zikir. Confirm! Tenang! Dan sentiasalah berselawat kepada Rasululullah SAW. Ingat Allah, ingat kekasihNya, insyaAllah kita pun akan menjadi hamba Allah yang tenang, aman dan damai.. hehehe.. peace! 

Aku rindukanNya, aku milikNya, aku cinta padaNya dan aku yang bakal kembali kepadaNya.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Sekian.. tata! Wassalam..

Friday, October 17, 2014

Edit sebelum terlambat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. agak lama saya tak mengarang cerita, puisi, drama, sketsa di blog ni (macam ada je semua tu). Jarang-jarang sekali kena datang jugak menjenguknya. Biarpun ramai yang tak follow blog ni, saya rasa saya masih lagi berminat untuk kongsi apa saja yang saya rasa patut utk saya kongsikan. 

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan sepuluh tahun 2014 (tu pon kira tinggal 2 minggu je lagi) tinggal dua bulan je lagi sisa untuk kita habiskan dalam tahun ni. Dan yang penting tak sampai seminggu je lagi kita akan menyambut tahun baru hijrah. Cepat bukan. Bagaimana keadaan kita sekarang? Masih sama dengan setahun dua tahun yang dulu ke? Ada perubahan? Kerja dan tugas kita? Apakah tujuan utama pekerjaan yang kita lakukan sekarang? Untuk siapa? Adakah semata-mata untuk mendapatkan kemewahan, duit, kesenangan dan pandangan orang? Cuba kita fikirkan dan jawab balik semua persoalan itu.

Kadang-kadang, pernahkah kita tanya, macam mana ibadah aku tahun ni? cukupkah ibadah aku tahun ni? Ada ke penghijrahan yang aku lakukan tahun ni? Bagaimana iman aku? Ditahap manakah iman aku? Pernah tak? Pernah tak kita bertanya pada diri kita tentang semua tu? Mari kita audit balik diri kita, kemaskini balik, check balik yang mana ada kekosongan kita isi, yang mana rasa tak cukup kita cukupkan. Masih belum terlambat utk kita isi balik dan kembali kepada-Nya. Ingatlah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang juga Maha Pengampun.

Wallahu'alam.

Monday, March 3, 2014

Tersenyum melihat langit.

Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah, 
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.
”

Wednesday, January 22, 2014

Hadapilah dengan Tenang.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhwah buat pembaca sekalian,

Hari ni dah 22 Januari 2014. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 2014. Bulan Januari 2014 pun dah nak habis. Tahun ni jugaklah saya bakal menghabiskan degree saya, insyaAllah. Rasa baru je masuk universiti. Dulu masa mula-mula masuk universiti, ada terfikir.. bolehkah saya ni survive di universiti ni. Macam manalah saya nak menghadapi halangan dan rintangan masa menuntut di universiti. hehee.. macam-macam terlintas di fikiran. Saya dapat hadapi ke semua tu? Macam manalah agaknya kalau saya ni pelajar tahun akhir. Tup-tup, tanpa disedari sekarang dah tahun akhir. Cepatkan masa berlalu. Dalam kepantasan masa berlalu, banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi. Masalah. Dugaan. Datang dan pergi. Tangisan kegagalan, tangisan kepenatan dan tangisan kerisauan. Semua dilalui. Walau bagaimanapun, semua penat lelah dihadapi dengan hati yang tenang dan kuat. Kunci utama bagi hati yang tenang ialah tak lain tak bukan sentiasa ingat Allah S.W.T. Sentiasa berfikiran positif. Sentiasa bersangka baik. Percaya akan qada' dan qadar yang Allah tentukan. Kerana setiap perkara yang berlaku atas kehendakNya, ada hikmah yang tersendiri. Mungkin kita menangis tangisan kegagalan hari ini, siapa tahu esok hari kita akan menangis tangisan kejayaan. Allah itu Maha Mengetahui. Allah sentiasa ingin menguji hambaNya. Allah sangat sayang akan hambaNya yang sentiasa sabar. Bersabarlah dengan setiap ujian dan cabaran. Pasti ganjarannya banyak. Sentiasa berdoa kepadaNya agar diringankan bebanan yang dihadapi. Sungguh. Allah sentiasa mendengar akan doa kita. Mohonlah dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan pernah rasa bosan untuk berdoa kepadaNya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Mendengar. 

"Akan banyak hal yang tak sesuai dengan kemahuan kita. Tetapi jalanilah sahaja, jangan menyerah. Yang penting kita makin dekat dengan Allah." - Mr. Tweeties


Sunday, January 19, 2014


Know That Allah Never Gets Tired of Giving and Forgiving.

Hey, wait..

There's still hope, and you know in your heart there is still hope.

No matter what problem you are facing right now, no matter how painful or hard it is, you know there is hope for a better tomorrow, because you know in your heart, that Allah Azza Wa Jalla does not burden a soul more than it can bear.

Sometimes we face challanges and tests in our lives that seem impossible to be solved or withstand at, but Alhamdulillah..we always find Allah Azza Wa Jalla at our side. It's just sometimes we tend not to recognize what we always had, and that is Allah being with us, in every step we make.. Subhanallah..

There is no luck in life, everything happens through His Will, the Qadr of Allah. If a bullet shot for you was to pass by you, it is no luck but His Qadr.

In life, we stumble, we fall and then we should get up and started again. Failure is not a reason for us to turn away from Him, rather a portal that we should get into so we could understand His Qadr and learn to accept reality and deal with it, it is a doorway closer to Him, if only we had a heart that accepts every failure that this life throws at us.

Sometimes all we have to do is just ask, ask of Him, in our prayers.

Its fascinating how when we have all the sources in this world, we tend to forget who was the One who Willed for us to have that sources, who has Provided that sources for us, and yet when a calamity, a test, a hardship comes at us and all these sources slowly fades, taken away from us, then we slowly regard, recognize and remember Him, why?

Why does the heart get blinded with so much luxuries of this world that it can't see no more? How can a heart stay clean when it remembers not even the words Alhamdulillah?

My brothers and sisters in Islam, I come again to you, asking you and telling you that there is hope for each and everyone of us, we can always repent and if anything we can always change to the better us, as long as we sincerely call upon Him, Allah Azza Wa Jalla will forgive us, because He is Ar-Rahmaan, Ar-Rahim and guide us because He is Al-Haadi as well.

He says:
"Call upon me, I will respond to you." [40:60]

So why can't call upon Him? Is it because you think you have sinned too much? Is it not more shameful that He whom you displease everyday of your life, call upon you 5 times a day and you just turn your back on Him? Is that not more shameful?

We are weak, we will make mistakes, no one is perfect, no son of Adam a.s. has not committed a sin. So how come we are not ashamed on committing sins yet ashamed on asking forgiveness from Him?

Listen, the prayer is a gift from Allah. It is the best method of showing gratitude and asking forgiveness from Him.

Learn to fill you heart with much gratitude for Allah, make your eyes see what is better and what is right, let your ears hear no evil but hear only what is haqq and let not your tongue utter a word of disrespect to others or defamation to anyone rather let is speak of what your religion says, of what is good and what is better and let it be sealed in silence at times when anger emerges in and from you.

Indeed, a heart of a believer never gets tired of asking and repenting for it knows that His Lord never gets tired of giving and forgiving.

So, don't give up yet.

You're a Muslim, we don't give up.

We accept, face and deal with every hardship and test this life throws at us, with complete obedience, patience and tolerance for the sake of Allah Azza Wa Jalla..

Source: Story of the Sahabah (tumblr)
Sharing is Caring..
Wallahu'alam..


Saturday, January 18, 2014

Ketenangan

Lelaki yang tenang itu, adalah lelaki yang menjaga solatnya.

34 kali sujud dalam sehari, adalah titik ketenangan.

Sebab itu wanita yang tidak boleh solat, emosinya tidak stabil.
Sebab tak dapat 34 kali sujud setiap hari dia 'cuti'.

Solat 5 waktu = 34 kali sujud

Jumlah sujud ini, cukup untuk memberi ketenangan.
Jadi terjaga solat, terjagalah ketenanagan.
InsyaAllah...

Menjaga solat bukan sahaja solat 5 waktu, 
tetapi solat di awal waktu.

Sujud yang dapat pada awal waktu,
itu yang menyumbnag kepada ketenangan.

Ustaz ada cakap, lelaki yang selalu panas baran,
barangkali puncanya adalah dari solat yang tidak terjaga,
Jadi resepi ketenangan, adalah solat cukup 5 waktu, 
dan solat pada awal waktu juga.

Wallahu'alam

A Note to Yourself

Before befriending others, you have to be your own best friend.
Before correcting other, you have to correct yourself.
Before making others happy, you have to make yourself happy.
It is not termed as selfish but personal development.
Once you balance yourself, only then can you balance the world.


Wednesday, January 15, 2014

Redha Allah

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik. Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai. Dan tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia.
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia. 
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi berbuat silap sekali. Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain.
Itulah hakikat manusia.
Tetapi anainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan kebaikan. Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima alam baktimu yang satu itu.
Itulah Dia Tuhanku.

*****************************************

"Hanya perkara yang dituntut Allah adalah kekal. Selain dari yang itu, dunia hanya tempat persinggahan dan kesukaan sementara. Janganlah berdukacita dengan hal-hal yang fana."


si dia kepunyaan DIA

Apabila dirmu meminati seseorang, mohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersendakan, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa.

Namum, jika dirinya memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya.
InsyaAllah.

**********************************

"Hati itu sentiasa haus dan dahaga, tiada yang dapat memuaskan kehausan dan dahaganya melainkan rasa cinta kepada Allah, dan berzikir mengingatiNya."


Saturday, November 30, 2013

Satu Kepastian

Hati sendirian berkata seolah-olah diri ini akan menjadi miliknya.
Sentiasa membayangkan diri bersama dengannya.
Hati berdegup kencang tatkala terdengar namanya disebut.
Hati melonjak riang bila memandang wajahnya.
Hati tersenyum lebar ketika sapaan dia terhadapku.
Adakah ini dinamakan kemaruk cinta.
Errmmm...

Cinta..cinta..cinta..
Perasaan yang hadir tanpa diminta.
Perasaan yang datang tanpa dijemput.
Mungkin perasaan ini membahagiakan.
Perasaan ini dapat membuat seseorang tak keruan.
Mungkin juga perasaan ini boleh membuat orang hilang arah dan tujuan.
Fahami dan ketahui maksud di sebalik cinta,
Bagi yang benar-benar faham dan tahu apa itu cinta,
Mereka tidak dapat mendefinisikannya..Pasti.
Kerana cinta adalah satu perkara yang tidak perlu kita ungkapkan.
Cinta itu suatu perasaan yang tidak boleh digambarkan.
Semua orang akan mengalami cinta.
Cinta pada pasangan, cinta pada keluarga, cinta pada binatang.
Satu yang pasti CINTA ILAHI.

Seseungguhnya cinta Ilahi adalah cinta yang sangat agung.
Tanpa meminta untuk dicintai.
Pasti Allah cinta akan hambanya.
Itulah cinta yang sejati, cinta yang abadi.
Cinta itulah yang kekal tanpa cerai.
Cinta yang tak perlu kita ungkapkan.
Ungkapan cinta itu adalah ibadah.
Melakukan apa yang disuruh-Nya,
Meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Perkara itulah yang menunjukkan cinta kita kepadaNya.

Mendengar burung berkicauan di awan biru..
Aku jatuh cinta.
Melihat ombak memukul pantai.
Aku jatuh cinta.
Menghirup udara pagi yang dingin dan sejuk.
Aku jatuh cinta.
Merasa makanan yang sedap dan lazat.
Aku jatuh cinta.
Menaip setiap perkataan di ruangan ini.
Aku jatuh cinta.
Melangkah ke tempat ibadah.
Aku jatuh cinta.
Segala-gala yang dilakukan hanya kerana cintaku padaNya.
Hidup dan matiku hanya kerana cintaku padaNya.
Sesungguhnya ku bersyukur kerana dikurniakan cinta ini.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah..
Aku cinta padaMu Ya Allah,
Tuhan yang Satu,
Yang Maha Agung.

Sunday, July 21, 2013

Hanya Kerana Dia.

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua pembaca.
Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ni..
Diharapkan bulan Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas, lebih banyak amal ibadah kita kepada Allah SWT.. InsyaAllah.. 
Suka saya ingin kongsikan pengalaman saya selama hampir 1 bulan saya menjalani Latihan Industri di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di Putrajaya. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar tidak seperti yang dikuatiri.. hehe... tidak seperti yang difikirkan. Apa tak kuatirnya, selama ni saya bukannya pernah bekerja...huhu.. Ni lah kali pertama dalam hidup saya bekerja. Apa-apapun, syukur Alhamdulillah saya dapat membiasakan diri saya di sini. Selain pengalaman, ukhwah juga dibina. Dapat kenalan baru. Selain Fati dan Amir selaku coursemate Entech, ku dapat kawan baru dari UNIMAP, UKM dan POLITEKNIK Sabak Bernam. They're Kak Farah, Kak Syida and Alep. They're so sporting. Kenal dalam seminggu dah jadi boleh jadi geng. Ke sana ke mari bersama-sama. Nak makan sama, nak solat sama, nak balik bersama. Sentiasa bersama. Sampaikan ada staf-staf kat pejabat cakap, "Korang ni memang tak boleh berpisah eh?" Hehehe.. biasalah budak-budak baru nak belajar bekerja, mestilah ada gak pengaruh dari kampus. "Ber-geng". 
Selama hampir satu bulan kami praktikal di sini, kami telah dibawa melawat ke tempat-tempat yang ada kaitannya dengan sisa pepejal..huhu.. Sepertinya, Food Bank Petaling Jaya dan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram di Kuala Selangor. Selain tu, kami juga ditempatkan di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan juga di Alam Flora Sdn Bhd. Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengetahuan yang kami timba dari lawatan dan juga penempatan selama beberapa hari tu.
Hehehe.. 
Ilmu pengetahuan bukan setakat dipelajari di sekolah mahupun universiti, apa yang berlaku di sekeliling kita juga dapat dijadikan ilmu dan pengetahuan kita asalkan ianya dapat memberi manfaat kepada kita. Seperti yang kita ketahui, belajar adalah satu kewajipan bagi setiap insan. Apa yang saya harapkan dan targetkan melalui latihan industri yang sedang saya jalani ini adalah ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat dan berfaedah kepada saya, juga ianya dapat membantu saya ketika saya memerlukannya.
InsyaAllah...
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam didalaminya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di luatan hidup ini. InsyaAllah, jika niat kita betul, maka betullah jalan itu. Jika niat kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah SWT, jadi hasil dan buahnya akan memberi manfaat dan kelebihan kepada kita. Segala-gala yang kita lakukan di atas muka bumi ini adalah tidak lain tidak bukan hanya kerana Allah SWT. 
Sama-sama kita perbetulkan niat kita dalam apa juga pekerjaan yang kita lakukan. Niat hanya kerana Allah SWT. Lillahi Ta'ala...

Wassalam....

Me, Kak Syida, Fathi, Kak Farah, Amir, Alep (peace)

"Hidup tidak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan."
"Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula memerlukan kejayaan. Kejayaan pula akan memerlukan kebahagian."

Tuesday, April 30, 2013

Allah kan ada...

Assalamualaikum.....

Agak lama saya rasa tak post entry baru. Semenjak dua menjak ni asyik busy je. Test, Kuiz, Assignment, visit situ visit sini. Dan sekarang, agak free sikit, sbb cuti pilihan raya. Semua orang balik ke kampung halaman untuk mengundi, tapi saya still di sini bertemankan bantal busuk dan tilam empuk...tak balik mengundi ke? Kalau orang tanya macam tu, jawapannya "Mana cukup umur lagi nak mengundi". hewhewhew.. Perasan muda la teewww....

Allahuakbar, kerja punya la banyak semester ni. Semester yang paling tough bagi Sarjana Muda Teknologi Alam Sekitar agaknya. Semua subjek nak kena site visit, tolak Urban Drainage je. Biasalahkan belajar, akan ada kesusahannya. Tak namanya belajar kalau semua benda nak senang. Redha, tawakal dan berserah kepada Sang Pencipta. Itulah yang terbaik. Dia telah tentukan semuanya dengan baik dan elok. Cuma kita perlu mencorakkannya. Sama ada kita harunginya secara manis atau pahit. Itulah dinamakan kehidupan. Ada manis ada pahitnya.

Kesusahan sekarang adalah keperluan untuk masa depan kita. InsyaAllah, kesusahan yang kita lalui sekarang akan membuahkan hasilnya untuk masa akan datang. Seperti kata-kata seorang sahabat saya, yang kini belajar di Universiti Al-Azhar, " Spent more time on your study now. What is 6 years of SACRIFICES then a lifetime of HARVEST!" Sungguh bermakna sekali kata-kata beliau. Kita habiskan masa untuk belajar, berjuang dan berkorban...mungkin suatu hari nanti dan hari yang mendatang serta seterusnya tiba musim menuainya. Allahurabbi, sungguh sempurna sekali aturan Allah.

Sentiasa berfikir secara positif adalah kunci untuk kita terus teguh berdiri. Percaya kepada ketentuanNya. InsyaAllah, segala urusan dapat dilakukan dengan sempurna. Berdoa kepadaNya agar segala urusan kita berjalan lancar. Allah SWT sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya. Dia Maha Penyayang dan Pengasih. Mungkin ada di kalangan kita Allah terus kabulkan doanya dan mungkin ada Allah tangguhkan dahulu. Itu semua ujian Allah terhadap hambaNya. Allah SWT mahu menguji kesabaran dan ketabahan hambaNya. Allah Maha Mengetahui. Berdoalah kepadaNya sentiasa tanpa rasa ada penat.

Usaha, Doa, Tawakal. InsyaAllah...ada jalannya..




Wassalam.... 

Tuesday, February 26, 2013

6 Perkara Yang Disembunyikan Allah SWT.

Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

- Allah s.w.t telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
- Allah s.w.t telah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat.
- Allah s.w.t telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah s.w.t telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
- Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang lima waktu).
- Allah s.w.t telah menyembunyikan tarikh terjadinya hari Kiamat dalam semua hari.

Sumber : Dairi Muslimah 2013

Sunday, February 24, 2013

Sebelum Mengumpat...

Assalamualaikum dan salam satu dunia...
Entry pertama musim ni mengajak kita semua untuk bermuhasabah, berfikir dan merenung sejenak. Dalam seharian kita bernafas di muka bumi Allah s.w.t ni, ada tak kita mengata, mengumpat atau mengaibkan seseorang? Atau sebelum ni, pernah tak kita mengumpat orang lain? Seperti mana yang kita ketahui, mengumpat adalah satu perbuatan yang ditegah Allah s.w.t dan ianya adalah satu dosa besar. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 12 bermaksud, "Wahai orang-orang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu merasa jijik. Dan bertakwalah keada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang". Jadi jelas di sini Allah s.w.t amat menegah perbuatan mengumpat ini. Oleh itu, sama-samalah kita elakkan daripada perkara mungkar ini. Jadi, sebelum mengumpat......
  • Ingatlah Allah s.w.t.
          Sedarlah jika suka mengumpat, anda tertedah kepada kemurkaanNya. Bila mengumpat anda melanggar perintah atau tegahanNya, maka peliharalah lidah agar tidak terjebak dalam dosa.
  • Cermin diri.
          Perhatikan, adakah anda seorang yg sempurna; tidak ada kelemahan dan keburukan? Tentu ada bukan? Kalau ada, lebih baik anda betulkan diri sendiri terlebih dahulu drpd mengumpat orang lain. Sabda Nabi s.a.w, "Bertuahlah orang yang selalu berusaha keras utk membetulkan dir sendiri, dpd menyebut-nyebut keaiban orang lain."
  • Bersyukur.
          Kalaupun anda tidak mempunyai kelemahan atau keburukan seperti orang yang diumpat, perlukah anda mengumpatnya? Akan berkurangkah darjat atau bertambahkah kelebihan anda dengan berbuat demikian? Anda sepatutnya mengucapkan syukur saja kerana dipelihara drpd sifar-sifat yang tdk baik itu.
  • Empati.
          Letakkan diri anda di tempat orang yang diumpat. Apabila orang lain mencela atau menyebut-nyebut keburukan anda, tentu anda terasa kepedihannya. Begitulah dengan pihak yang anda umpat. Jika begitu, usahlah sakiti hati orang lain kerana anda juga tidak mahu disakiti. 

"Orang yang kuat keimanannya pasti menjaga lidahnya daripada mengumpat orang lain."

Sama-samalah kita renung-renungkan.
Wassalam.

Sumber : Majalah Iman (Bil: 13)

Pengisian yang Baru

Assalamualaikum dan salam satu dunia...
Apa khabar followers dan teman-teman semua? Diharapkan semua berada dalam sihat sejahtera di samping orang tersayang. Dah lama tak post entry baru kat sini. Al-maklumlah empunya tuan blog ni sibuk je memanjang. Mengalahkan perdana menteri Malaysia plak rasanya. Agaknya blog ni dah bersawang dan berhabuk dah. Hajat dihati nak hilangkan sesawang tu dan sapu habuk-habuk yang melekat kat blog ni. Itu pon kalo ada masa-masa terluang. Errrmmm... kali ni,InsyaAllah saya akan terapkan unsur-unsur Islamik dalam blog ni. Selain medium facebook, boleh juga kita sama-sama berdakwah dalam blog kan. Apa salahnya. Seperti mana yang kita ketahui, nak berdakwah tak semestinya kena tunggu banyak ilmu. Saya akui saya masih merangkak-rangkak dalam mencari jalam Ilahi, jalan yang lurus dan benar. Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Jadi, jika ada ilmu berkaitan Islam yang saya ketahui, InsyaAllah saya cuba kongsikan kepada teman-teman sekalian. Sharing is Caring kan. 
Sekian, terima kasih.
Wassalam.

 ***************************

"Dahulukanlah ucapan salam kepada orang lain, hormatilah mereka dan berilah senyuman. Curahkan perhatian. Pasti ada cinta dan sayang buat kita Sebaliknya jangan suka mencari musuh, elakkan bersikap dengki dan benci kepada orang lain. Jika tidak, datang azab dan seksa dalam hidup kita."


Friday, May 18, 2012

Indahnya Cinta Iman (Episod 2)


_____________________________________________________________________________

Setelah selesai makan, aku menuju ke dapur pejabat untuk mengisi bekalan air kosong aku. Sambil aku mengisi air ke dalam bekas air aku, tiba-tiba pandangan aku tertumpu kepada satu sticker yang tertampal pada kabinet dapur. Sticker tu tertulis 'Forever'. Sticker itu mengingatkan aku pada seseorang. Tapi aku seperti hilang ingatan, aku tak ingat kat mana aku pernah jumpa sticker itu dan siapakah seseorang itu. 
"Kalau macam tu, banjir la kejap lagi pejabat ni." Tiba-tiba satu suara mengejutkan aku. Alamak! Dah melimpah-limpah air yang aku isi. Tapi, siapa yang tegur aku tadi? Aku segera berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat seorang lelaki berdiri di belakang ku sambil memandangku dengan senyuman. Dan lelaki tersebut adalah abang kepada Murni, rakanku semasa aku di bangku sekolah menengah. Namanya Fareeq. "Ya Allah, Abang Fareeq. Lama tak jumpa. Apa abang buat kat sini? Abang kerja kat sini ke?" tanya aku pantas.  "A'ah..abang kerja kat sinilah. Iman pun kerja kat sini ke? Bila lagi?" balas Fareeq. "Yup..Iman baru hari ni kerja kat sini. Iman budak baru. Tak tau pulak yang abang kerja kat sini", jawab aku. Kami terus berborak-borak menanyakan hal masing-masing sehinggalah waktu rehat berakhir. "Emm...takpe la bang. Iman dah nak kena pegi sambung kerja, nanti takut bos marah. Abang takpe dah orang besar, vice president bahagian kewangan, Iman ni baru masuk hari ni, tak pasal-pasal hari ni jugak jadi hari terakhir kat sini". Fareeq hanya mampu tersenyum mendengar kata-kataku. "Tapikan, Iman belum jumpa lagi bos kita tu. Kata Zue, bos kita tu cerewet. Betul ke?" sambung aku ingin tahu. "Cerewet ke? Iman kena jumpa dulu dia, baru Iman tau dia macam mana", jawab Fareeq sambil ketawa kecil.

Selepas makan malam seperti biasa aku dan keluargaku akan luangkan masa bersama sambil menonton televisyen dan masing-masing akan menceritakan apa yang terjadi pada hari tersebut. Dan seperti biasa juga abah yang akan memulakan perbualan kami dengan menujukan soalan cepu emas kepada anak sulungnya tak lain tak bukan aku. Setiap hari kami akan meluangkan masa seperti ini sebab abah selalu bagitau anak-anaknya yang waktu malamlah waktu ibubapa perlu bersama anak-anaknya walaupun hanya 5 minit.
"Macam mana first day kerja? Okay? Staf-staf macam mana? Bos macam mana?" tanya abah. "Hari ni takde la penat sangat. Yang penat cuma bila kena berebut naik bas", jawab aku sambil melontarkan senyuman sinis kepada abah. "Staf semua okay, peramah semua. Tapi Aman tak jumpa lagi bos hari ni," sambungku. "Amboi, anak sulung abah ni. Tunggu sebulan lagi nanti abah bagilah Aman naik motor atau kereta tu. Aiman macam mana hari ni? Semalam kata ada lawan futsal? Menang ke?" abah terus menanyakan soalan kepada anak keduanya, Mohd Aiman Haiqal. "Abah nak tau, Aiman menang tapi dapat nombor dua", jawab Aiman dengan yakin. "Eleh Aiman, setakat nombor dua tu orang tak panggil menang la",  balas aku. "Ish, akak ni kan, biarlah, tempat kedua tu pon kira okay la", jawab Aiman sekali lagi dengan muka yakin. Belum sempat aku dan Aiman berbahas, abah terus menanyakan soalan kepada anak bongsunya, Nur Imarah Aisyah. "Adik, dari tadi abah tengok senyap je kenapa?" "Emmm...merajuk ngan ibu la tu, tadi dia nak beli doll, ibu tak bagi", balas ibu sambil ketawa kecil. "Adik..adik..kan dah banyak doll kat dalam almari dalam bilik adik tu. Lagipun adik kan dah sekolah sekarang, mana boleh beli mainan dah, malu nanti kalau kawan tahu", abah aku cuba memujuk adik yang menarik muka masam. Aiman dan Aisyah sangat manja. Aiman berumur 15 tahun manakala Aisyah pula 6 tahun memang sangat jauh jarak umur masing-masing, aku pun apa kurangnya masa kecil-kecil dulu. Sama je macam dorang. Cuma sekarang umur dah mencecah 23 tahun, takkanlah nak manja lagi. Geli kot!

Pejam celik hari ini dah masuk hari ke lima aku bekerja, maksudnya dah seminggu dah aku kerja kat sini. Alhamdulillah, setakat ni takde apa yang mengganggu kerja aku. Aku dah mula ramah dengan semua staf kat sini. Al-maklumlah, aku kan peramah orangnya...ceh! Tetiba masuk bakul angkat sendiri la plak.
"Iman!!! Amboi-amboi.. dah sedia ke nak meeting ni petang ni? Mengalamun panjang nampak", suara Zue memecah lamunanku. "Eh, mana ada mengalamun. Iman tengah fikirlah ni macam mana petang ni", aku berdalih. Aku ni memang kuat mengelamun. Sikit-sikit mengelamun. Kalau sehari tak mengelamun, tak sah. Petang ni aku ada meeting dengan bos besar, Datuk Ismal dengan CEO Mesra Holdings, nak bincang mengenai projek syarikat kami dengan Mesra Holdings. Dah la first meeting, pulak tu dengan CEO syarikat lain. Mintak-mintak semua berjalan lancar.

****************************

"Iman nak ke mana? Nape nampak macam rushing je ni?" tanya Zue. "Iman nak kena pegi ambil adik Iman kat sekolah, dah lewat ni, Iman pergi dulu ya Zue", jawabku sambil bergegas keluar bilik. "Iman...", tiba-tiba Fareeq muncul dan belum sempat dia berkata apa-apa aku terus memberitahunya, "Iman nak cepat, Iman pergi dulu". Hari ni aku terpaksa menjemput Aisyah pulang sekolah memandangkan abah dan ibuku tiada di rumah. Abah dan ibu ke Singapura untuk melawat Auntie Wan yang baru saja menjalani pembedahan lutut. Auntie Wan adalah ibu saudaraku, adik bongsu abah. Suami Auntie Wan, Uncle Putra orang Singapura. Dah lebih kurang 10 tahun Auntie Wan berkahwin dan tinggal di sana. Auntie Wan terpaksa menjalani pembedahan tulang di bahagian lutut disebabkan penyakit osteoartritis. Abah dan ibu ke sana mungkin dalam seminggu dan mungkin pulang Selangor selepas Auntie Wan keluar hospital. Jadi, dalam seminggu ni aku terpaksa menjadi ibu tunggal bekerjaya. Ke hulu ke hilir hantar dan jemput mereka. Nasib baik abah bagi aku guna kereta. Takdelah aku nak kelam-kabut cari teksi.
"Kakak, kat sekolah tadi, cikgu pesan suruh beli buku ni", kata Aisyah sambil menunjukkan kertas katalog buku kepadaku. "Buku apa tu Aisyah..emmm...alang-alang dah duk sini, kita pergi beli terus je lah buku tu", balasku sambil melontarkan senyuman buat adikku tercinta.

Setibanya di kedai buku, Aisyah terus berlari-lari masuk ke kedai buku mencari buku yang diperlukannya. "Aisyah, jangan lari. Nanti jatuh...", belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Aisyah segera membalas, "Takpe Kak!!" Tempat paling Aisyah gemari adalah di kedai buku. Bila datang je kedai buku macam tak nak balik rumah. Habis semua buku dia nak baca dan beli. Kalau tak beli merajuk. Kat rumah kami memang ada sebuah bilik bacaan khas buat Aisyah je, Aisyah's Mini Library. Sambil aku berjalan ke arah Aisyah, pandangan aku tiba-tiba teralih kepada sebuah novel bertajuk "Cinta High Class" dari novelist terkenal Fatimah Syarha. Aku seolah-olah kaku di hadapan novel itu. Tanganku terus mengapai novel itu dan aku menilik-nilik novel itu. "Cik, tengok kulit je tak jadi, kenalah beli", tiba-tiba satu suara di belakangku mengejutkan aku. Aku menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki senyum kepadaku. Mataku terkebil-kebil melihatnya. Dalam hatiku berkata, "Macam pernah aku jumpa mamat ni. tapi kat mana ye". "Cik...excuse me, cik..saya nak lalu. Cik ni memang suka mengalamun ya?" lelaki itu bersuara lagi. Baru aku teringat, lelaki itu adalah mamat yang aku jumpa dalam bas masa first day aku kerja. Lidah aku seperti tidak mahu bergerak dan berkata-kata. Aku hanya memandangnya dan memberi laluan kepadanya. "Terima kasih Cik Day Dreaming", sambung lelaki itu sambil ketawa kecil. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu apa yang terbuku dalam hati aku ni. Membuak-buak rasa nak marah. Kedai buku ni punyalah luas, kat sini jugalah dia nak jalan. Tapi malu bukan kepalang aku, kenapa la mesti terserempak dengan mamat ni!
"Kakak, Aisyah dah jumpa buku yang Aisyah cari", suara Aisyah sekali lagi mengejutkan aku dari lamunan. "Oo..yeke. jom!", balas aku sambil mengambil novel tadi untuk dibayar sekali.

****************************

Seperti biasa, kalau hari Isnin,  aku memang tak sempat nak rehat. Semua gara-gara kerja yang bertimbun. Pintu bilikku tiba-tiba diketuk. Zue muncul dan berkata, "Iman, jom. Bos panggil kita. Dia nak perkenalkan seseorang kat kita semua." Aku segera meninggalkan semua kerjaku dan melangkah ke arah bilik mesyuarat.
Sejurus aku tiba di bilik mesyuarat, Datuk Ismail segera memberitahu kami, "Assalamualaikum semua, hari ni saya nak buat pengumunan, saya nak perkenalkan kamu semua kepada pengganti saya iaitu anak saya Aniq Haniff, mulai esok, dia akan menggantikan jawatan saya sebagai CEO dalam syarikat ni". Mukaku seperti merah padam dan mataku seperti ingin tersembur keluar sejurus selepas melihat pengganti Datuk. Terkejut bukan kepalang aku apabila mengetahui aku akan bekerja dengan mamat bas tu dan dia adalah CEO syarikat ni. Mana aku nak letak muka aku ni, aku rasa seperti mahu lari 400m pecut dari situ. Bila tiba sesi perkenalan, dia memandangku dengan senyuman sinis sambil berkata, "Saya Aniq Haniff, minta kerjasama dan tunjuk ajar". Aku hanya senyum dan dan menggangguk saja. Sepatah haram perkataan tak keluar dari mulutku. "Iman.......", tiba-tiba Zue seolah-olah menyuruhku untuk bersuara. "Err...saya Nurul Iman Amani Sufri, Ketua Jurutera". Dia memandangku dengan senyuman dan berkata, "Cantik nama macam tuan dia." Arghhh..mukaku merah padam, sempat plak dia ni, ntah ikhlas entah tidak..macam mana aku nak kerja dengan dia ni. Ya Allah, kau lancarkanlah perjalanan hidup aku. Matilah aku kali ni!

"Iman, balik ngan apa petang ni?" Fareeq tiba-tiba muncul di belakangku. "Iman balik ngan kereta", balasku. Fareeq memang ambil berat terhadapku, dia seperti abang aku sendiri. Masa aku naik bas untuk ke pejabat dulu, dia selalu nak tumpangkan aku balik rumah, tapi aku tolak permintaan dia sebab aku takkan naik kereta lelaki bukan muhrim melainkan ada orang temankan. "Baiklah, Iman bawa kereta baik-baik tau, abang pergi dulu", Fareeq menyambung.  "Okay, terima kasih", balasku. Aku meneruskan langkah ke arah parking kereta. "Cik Day Dreaming tak naik bas ke hari ni?", tiba-tiba suara Aniq mengejutkan aku. Aku memandangnya dan berkata, "Eh, Encik Aniq rupanya. Ingatkan sape tadi ambil berat pasal saya", balasku. Aniq hanya membalas dengan ketawa kecil dan berlalu dari situ. Dah tiga hari kami bekerja bersama dan kami tak pernah bertegur melainkan hal kerja sehinggalah hari ini. Sebenarnya, aku segan nak tegur dia, aku rasa ada sesuastu berlaku yang membuatkan aku segan untuk bertegur sapa dengan dia. Sesuatu yang melibatkan hati dan perasaan. Aku rasa perasaan ini mucul ketika aku jumpa dia di kedai buku tempoh hari. Ish... Ingat Allah Iman Amani.. apa yang kau melalut ni.

--bersambung--