Tuesday, December 21, 2010

PENGORBANAN IBU TIADA TOLOK BANDINGNYA.

Kejadian ini berlaku di antara hari di bulan Ramadhan. Dlm kesibukan org ramai di pasar ptg itu, aku terpandang seorg wanita yg agak uzur sdg mendukung anaknya yg berusia kira- kira 3 thun. Wanita itu duduk di tepi jalan sdg meminta sedekah. Yang menjadikan aku terpaku memandang keduanya ialah krn melihatkan anak kecil itu yg berlari menuju ke sebuah gerai yg menjual ayam goreng.
                Org ramai yg tersesak- sesak langsung tdk mempedulikan anak kecil itu. Dia hanya berdiri di susut meja gerai sambil menatap ayam- ayam goreng yg dihidangkan. Sesekali aku perhatikan yg budak itu menelan air liurnya. Aku lihat si ibu pula hanya tertunduk sedih sambil memanggil anaknya. Ditangannya hanya kelihatan beberapa duit syiling dan kertas yg aku agak tak sampai pun RM3.
                Bayangkan dgn perit matahari petang, kedua ibu dan anak itu hanya duduk di tepi jalan. Aku tak pasti sudah berapa lama mereka di situ. Yg pastinya si kecil itu teringinkan ayam goreng, ttapi krn ibunya tidak belikan, maka anak itu hanya berdiri shaja. Kering sudah titisan air mata si ibu lantaran tdk mampu memenuhi hasrat anaknya itu yg ingin menjamah secebis ayam goreng. Apatah salahnya sekiranya penjual itu sedekahkan seketul dua ayam goreng kepada budak kecil itu.
                Apa sangat menyedihkan, bila si ibu tadi menghampiri anaknya dan memeluknya ke tepi. Si ibu sedang memujuk anaknya tdi supaya bersabar. Hendak beli duit tak cukup. Itulah kasihannya seorang ibu. Sanggup mengemis utk sesuap nasi utk anaknya.
                Terfikir kita, kalau kasih seorg ibu sanggup meminta sedekah di tepi jalan utk anaknya, dptkah seorang anak berbuat demikian sebagai balasan. Bukannya perbuatan meminta sedekah yg perlu dibuat, ttpi kesungguhan menghargai dan melakukan yg terbaik perlu dijadikan ukuran. Sesungguhnya pengorbanan kita tdk mungkin dpt menandingi pengorbanan seorg ibu yg melahirkan kita ke dunia, membela kita dan mendidk kita sehingga dewasa.