Saturday, November 30, 2013

Satu Kepastian

Hati sendirian berkata seolah-olah diri ini akan menjadi miliknya.
Sentiasa membayangkan diri bersama dengannya.
Hati berdegup kencang tatkala terdengar namanya disebut.
Hati melonjak riang bila memandang wajahnya.
Hati tersenyum lebar ketika sapaan dia terhadapku.
Adakah ini dinamakan kemaruk cinta.
Errmmm...

Cinta..cinta..cinta..
Perasaan yang hadir tanpa diminta.
Perasaan yang datang tanpa dijemput.
Mungkin perasaan ini membahagiakan.
Perasaan ini dapat membuat seseorang tak keruan.
Mungkin juga perasaan ini boleh membuat orang hilang arah dan tujuan.
Fahami dan ketahui maksud di sebalik cinta,
Bagi yang benar-benar faham dan tahu apa itu cinta,
Mereka tidak dapat mendefinisikannya..Pasti.
Kerana cinta adalah satu perkara yang tidak perlu kita ungkapkan.
Cinta itu suatu perasaan yang tidak boleh digambarkan.
Semua orang akan mengalami cinta.
Cinta pada pasangan, cinta pada keluarga, cinta pada binatang.
Satu yang pasti CINTA ILAHI.

Seseungguhnya cinta Ilahi adalah cinta yang sangat agung.
Tanpa meminta untuk dicintai.
Pasti Allah cinta akan hambanya.
Itulah cinta yang sejati, cinta yang abadi.
Cinta itulah yang kekal tanpa cerai.
Cinta yang tak perlu kita ungkapkan.
Ungkapan cinta itu adalah ibadah.
Melakukan apa yang disuruh-Nya,
Meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Perkara itulah yang menunjukkan cinta kita kepadaNya.

Mendengar burung berkicauan di awan biru..
Aku jatuh cinta.
Melihat ombak memukul pantai.
Aku jatuh cinta.
Menghirup udara pagi yang dingin dan sejuk.
Aku jatuh cinta.
Merasa makanan yang sedap dan lazat.
Aku jatuh cinta.
Menaip setiap perkataan di ruangan ini.
Aku jatuh cinta.
Melangkah ke tempat ibadah.
Aku jatuh cinta.
Segala-gala yang dilakukan hanya kerana cintaku padaNya.
Hidup dan matiku hanya kerana cintaku padaNya.
Sesungguhnya ku bersyukur kerana dikurniakan cinta ini.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah..
Aku cinta padaMu Ya Allah,
Tuhan yang Satu,
Yang Maha Agung.

Sunday, July 21, 2013

Hanya Kerana Dia.

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua pembaca.
Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ni..
Diharapkan bulan Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas, lebih banyak amal ibadah kita kepada Allah SWT.. InsyaAllah.. 
Suka saya ingin kongsikan pengalaman saya selama hampir 1 bulan saya menjalani Latihan Industri di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di Putrajaya. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar tidak seperti yang dikuatiri.. hehe... tidak seperti yang difikirkan. Apa tak kuatirnya, selama ni saya bukannya pernah bekerja...huhu.. Ni lah kali pertama dalam hidup saya bekerja. Apa-apapun, syukur Alhamdulillah saya dapat membiasakan diri saya di sini. Selain pengalaman, ukhwah juga dibina. Dapat kenalan baru. Selain Fati dan Amir selaku coursemate Entech, ku dapat kawan baru dari UNIMAP, UKM dan POLITEKNIK Sabak Bernam. They're Kak Farah, Kak Syida and Alep. They're so sporting. Kenal dalam seminggu dah jadi boleh jadi geng. Ke sana ke mari bersama-sama. Nak makan sama, nak solat sama, nak balik bersama. Sentiasa bersama. Sampaikan ada staf-staf kat pejabat cakap, "Korang ni memang tak boleh berpisah eh?" Hehehe.. biasalah budak-budak baru nak belajar bekerja, mestilah ada gak pengaruh dari kampus. "Ber-geng". 
Selama hampir satu bulan kami praktikal di sini, kami telah dibawa melawat ke tempat-tempat yang ada kaitannya dengan sisa pepejal..huhu.. Sepertinya, Food Bank Petaling Jaya dan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram di Kuala Selangor. Selain tu, kami juga ditempatkan di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan juga di Alam Flora Sdn Bhd. Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengetahuan yang kami timba dari lawatan dan juga penempatan selama beberapa hari tu.
Hehehe.. 
Ilmu pengetahuan bukan setakat dipelajari di sekolah mahupun universiti, apa yang berlaku di sekeliling kita juga dapat dijadikan ilmu dan pengetahuan kita asalkan ianya dapat memberi manfaat kepada kita. Seperti yang kita ketahui, belajar adalah satu kewajipan bagi setiap insan. Apa yang saya harapkan dan targetkan melalui latihan industri yang sedang saya jalani ini adalah ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat dan berfaedah kepada saya, juga ianya dapat membantu saya ketika saya memerlukannya.
InsyaAllah...
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam didalaminya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di luatan hidup ini. InsyaAllah, jika niat kita betul, maka betullah jalan itu. Jika niat kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah SWT, jadi hasil dan buahnya akan memberi manfaat dan kelebihan kepada kita. Segala-gala yang kita lakukan di atas muka bumi ini adalah tidak lain tidak bukan hanya kerana Allah SWT. 
Sama-sama kita perbetulkan niat kita dalam apa juga pekerjaan yang kita lakukan. Niat hanya kerana Allah SWT. Lillahi Ta'ala...

Wassalam....

Me, Kak Syida, Fathi, Kak Farah, Amir, Alep (peace)

"Hidup tidak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan."
"Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula memerlukan kejayaan. Kejayaan pula akan memerlukan kebahagian."

Tuesday, April 30, 2013

Allah kan ada...

Assalamualaikum.....

Agak lama saya rasa tak post entry baru. Semenjak dua menjak ni asyik busy je. Test, Kuiz, Assignment, visit situ visit sini. Dan sekarang, agak free sikit, sbb cuti pilihan raya. Semua orang balik ke kampung halaman untuk mengundi, tapi saya still di sini bertemankan bantal busuk dan tilam empuk...tak balik mengundi ke? Kalau orang tanya macam tu, jawapannya "Mana cukup umur lagi nak mengundi". hewhewhew.. Perasan muda la teewww....

Allahuakbar, kerja punya la banyak semester ni. Semester yang paling tough bagi Sarjana Muda Teknologi Alam Sekitar agaknya. Semua subjek nak kena site visit, tolak Urban Drainage je. Biasalahkan belajar, akan ada kesusahannya. Tak namanya belajar kalau semua benda nak senang. Redha, tawakal dan berserah kepada Sang Pencipta. Itulah yang terbaik. Dia telah tentukan semuanya dengan baik dan elok. Cuma kita perlu mencorakkannya. Sama ada kita harunginya secara manis atau pahit. Itulah dinamakan kehidupan. Ada manis ada pahitnya.

Kesusahan sekarang adalah keperluan untuk masa depan kita. InsyaAllah, kesusahan yang kita lalui sekarang akan membuahkan hasilnya untuk masa akan datang. Seperti kata-kata seorang sahabat saya, yang kini belajar di Universiti Al-Azhar, " Spent more time on your study now. What is 6 years of SACRIFICES then a lifetime of HARVEST!" Sungguh bermakna sekali kata-kata beliau. Kita habiskan masa untuk belajar, berjuang dan berkorban...mungkin suatu hari nanti dan hari yang mendatang serta seterusnya tiba musim menuainya. Allahurabbi, sungguh sempurna sekali aturan Allah.

Sentiasa berfikir secara positif adalah kunci untuk kita terus teguh berdiri. Percaya kepada ketentuanNya. InsyaAllah, segala urusan dapat dilakukan dengan sempurna. Berdoa kepadaNya agar segala urusan kita berjalan lancar. Allah SWT sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya. Dia Maha Penyayang dan Pengasih. Mungkin ada di kalangan kita Allah terus kabulkan doanya dan mungkin ada Allah tangguhkan dahulu. Itu semua ujian Allah terhadap hambaNya. Allah SWT mahu menguji kesabaran dan ketabahan hambaNya. Allah Maha Mengetahui. Berdoalah kepadaNya sentiasa tanpa rasa ada penat.

Usaha, Doa, Tawakal. InsyaAllah...ada jalannya..




Wassalam.... 

Tuesday, February 26, 2013

6 Perkara Yang Disembunyikan Allah SWT.

Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

- Allah s.w.t telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
- Allah s.w.t telah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat.
- Allah s.w.t telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah s.w.t telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
- Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang lima waktu).
- Allah s.w.t telah menyembunyikan tarikh terjadinya hari Kiamat dalam semua hari.

Sumber : Dairi Muslimah 2013

Sunday, February 24, 2013

Sebelum Mengumpat...

Assalamualaikum dan salam satu dunia...
Entry pertama musim ni mengajak kita semua untuk bermuhasabah, berfikir dan merenung sejenak. Dalam seharian kita bernafas di muka bumi Allah s.w.t ni, ada tak kita mengata, mengumpat atau mengaibkan seseorang? Atau sebelum ni, pernah tak kita mengumpat orang lain? Seperti mana yang kita ketahui, mengumpat adalah satu perbuatan yang ditegah Allah s.w.t dan ianya adalah satu dosa besar. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 12 bermaksud, "Wahai orang-orang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu merasa jijik. Dan bertakwalah keada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang". Jadi jelas di sini Allah s.w.t amat menegah perbuatan mengumpat ini. Oleh itu, sama-samalah kita elakkan daripada perkara mungkar ini. Jadi, sebelum mengumpat......
  • Ingatlah Allah s.w.t.
          Sedarlah jika suka mengumpat, anda tertedah kepada kemurkaanNya. Bila mengumpat anda melanggar perintah atau tegahanNya, maka peliharalah lidah agar tidak terjebak dalam dosa.
  • Cermin diri.
          Perhatikan, adakah anda seorang yg sempurna; tidak ada kelemahan dan keburukan? Tentu ada bukan? Kalau ada, lebih baik anda betulkan diri sendiri terlebih dahulu drpd mengumpat orang lain. Sabda Nabi s.a.w, "Bertuahlah orang yang selalu berusaha keras utk membetulkan dir sendiri, dpd menyebut-nyebut keaiban orang lain."
  • Bersyukur.
          Kalaupun anda tidak mempunyai kelemahan atau keburukan seperti orang yang diumpat, perlukah anda mengumpatnya? Akan berkurangkah darjat atau bertambahkah kelebihan anda dengan berbuat demikian? Anda sepatutnya mengucapkan syukur saja kerana dipelihara drpd sifar-sifat yang tdk baik itu.
  • Empati.
          Letakkan diri anda di tempat orang yang diumpat. Apabila orang lain mencela atau menyebut-nyebut keburukan anda, tentu anda terasa kepedihannya. Begitulah dengan pihak yang anda umpat. Jika begitu, usahlah sakiti hati orang lain kerana anda juga tidak mahu disakiti. 

"Orang yang kuat keimanannya pasti menjaga lidahnya daripada mengumpat orang lain."

Sama-samalah kita renung-renungkan.
Wassalam.

Sumber : Majalah Iman (Bil: 13)

Pengisian yang Baru

Assalamualaikum dan salam satu dunia...
Apa khabar followers dan teman-teman semua? Diharapkan semua berada dalam sihat sejahtera di samping orang tersayang. Dah lama tak post entry baru kat sini. Al-maklumlah empunya tuan blog ni sibuk je memanjang. Mengalahkan perdana menteri Malaysia plak rasanya. Agaknya blog ni dah bersawang dan berhabuk dah. Hajat dihati nak hilangkan sesawang tu dan sapu habuk-habuk yang melekat kat blog ni. Itu pon kalo ada masa-masa terluang. Errrmmm... kali ni,InsyaAllah saya akan terapkan unsur-unsur Islamik dalam blog ni. Selain medium facebook, boleh juga kita sama-sama berdakwah dalam blog kan. Apa salahnya. Seperti mana yang kita ketahui, nak berdakwah tak semestinya kena tunggu banyak ilmu. Saya akui saya masih merangkak-rangkak dalam mencari jalam Ilahi, jalan yang lurus dan benar. Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Jadi, jika ada ilmu berkaitan Islam yang saya ketahui, InsyaAllah saya cuba kongsikan kepada teman-teman sekalian. Sharing is Caring kan. 
Sekian, terima kasih.
Wassalam.

 ***************************

"Dahulukanlah ucapan salam kepada orang lain, hormatilah mereka dan berilah senyuman. Curahkan perhatian. Pasti ada cinta dan sayang buat kita Sebaliknya jangan suka mencari musuh, elakkan bersikap dengki dan benci kepada orang lain. Jika tidak, datang azab dan seksa dalam hidup kita."