Saturday, May 12, 2012

Indahnya Cinta Iman (Episod 1)

Assalamualaikum...Hai, namaku Nurul Iman Amani Haji Sufri. Kawan-kawan dan kenalanku panggil aku Iman. Tapi abah dan ibuku panggil aku Aman. Tiada sorang pun di dunia ni panggil aku Aman, selain abah dan ibuku. Aku pun tak pasti kenapa.

Hari ni hari pertama aku bertugas di salah sebuah syarikat perumahan di Selangor. Setelah 5 bulan aku bertugas sebagai penganggur terhormat, Alhamdulillah kini aku telah ditawarkan bekerja sebagai jurutera  di syarikat ini. Sepadanlah dengan kursus yang aku ambil sewaktu di menara gading, Universiti Islam Antarabangsa dulu iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Sebagai seorang budak baru nak kerja, jadi normallah kalau aku naik pengakutan awam untuk ke tempat kerja, terpaksalah berebut-rebut nak naik bas di pagi hari. Tu lah, apakan daya dah memang terpaksa berkorban sedikit walaupun kat rumah ada je motosikal dan kereta. Tapi abah aku sengaja tak bagi aku naik motosikal dan kereta tu, katanya Aman kena berdikari dalam masa sebulan pertama Aman bekerja, lepas tu baru abah bagi Aman naik kereta atau motorsikal. Nasib baiklah aku dah biasa naik bas. Ketika di universiti dulu pun, aku dah memang biasa dengan keadaan ni, berebut-rebut naik bas bila nak ke kelas dan bila balik dari kelas. Itu dulu, aku dengan rakan-rakan sekuliah sama-sama naik bas, tapi sekarang aku keseorangan. Memang ada rasa janggal sedikit. Tak boleh nak borak-borak dan bergurau senda dengan rakan-rakan,  jadi tak de la boring sangat naik bas. Biasanya rakan aku, Jasmin, suka sangat usik aku dan rakan yang lain bila naik bas. Kiteorang panggil dia Min. Dia sangat periang, sentiasa senyum je walaupun ada masalah. Kalau dia tak de memang sunyi. Dia ada kembar, tapi lain mak lain ayah, kawan aku juga. Nama dia Nabihah. Muka dia ada seiras Min, sebab itulah kiteorang panggil diorang kembar. Tapi Nabihah seorang yang pendiam Dia suka memberi nasihat dan kata-kata semangat kat kiteorang. Seorang lagi kawan aku nama dia Adriana. Dia ni biasa-biasa je, dan aku suka berkongsi cerita dengan dia.

"Maafkan saya, awak nak naik ke tak bas ni?" Tiba-tiba, lamunan aku terhenti sebaik saja aku disapa oleh seorang mamat yang juga ingin menaiki bas tu. "Isshh, kacaulah dia ni, orang nak mengelamun sikit pon tak boleh", bisikku. Tapi aku tak boleh salahkan dia, kalau dia tak tanya aku tadi, memang confirm aku terlepas bas. Dengan muka tak bersalah aku terus melangkah naik bas tu. Sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja selama 30 minit, sangatlah boring, tak tau nak buat apa selain melihat orang sekeliling aku. Macam-macam perangai ada. Dalam keasyikan aku melihat gelagat orang di sekeliling aku, tiba-tiba aku rasa mengantuk. Semalam aku memang tak lena nak tidur, tau-tau la kan, esok first day nak kerja. Macam-macam perasaan ada, excited, gemuruh, gementar, happy. Semua perasaan bercampur gaul. Jadi, aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap sementara menunggu bas ni sampai ke tempat kerja aku. Malangnya, ketika aku baru saja nak melelapkan mata, tiba-tiba bas berhenti secara mengejut di sebuah traffic light. Adoi! Sakit kepala aku terhantuk di kerusi penumpang hadapan. "Apa la bas ni", bisikku sendirian sambil menarik muka masam mencuka. Tetiba, aku rasa ada seseorang sedang memerhatikan aku. Yes! Memang betul, mamat tadi, mamat yang sapa aku masa nak naik bas tadi. Dia pandang aku sambil melontarkan senyuman sinis kepadaku. "Haaiii, salahkan bas, dia yang tidur", bisik dia sendirian. Amboi, mamat ni, macam la aku tak dengar apa yang dia cakap. Suka hati la nak tidur ke apa. Tapi.....arghhhh...tiba-tiba perasaan malu muncul. Oh tidak! mamat ni mesti  tertengok masa aku terhantuk di kerusi penumpang hadapan. Mesti kelakar muka aku masa tu..Malunyaaa....Tapi ada aku kisah....eleh, dia bukan kenal aku pun, mungkin ni kali pertama dan kali terakhir aku jumpa dia. Dan mungkin dengan penumpang lain pun. 

Setelah hampir 30 minit aku berada dalam bas, bas pun sampai di tempat kerja aku. Dengan langkah yang confident aku melangkah masuk ke pejabat dan terus memperkenalkan diri aku kepada setiausaha pengurus syarikat. "Assalamualaikum, maafkan saya, Saya Nurul Iman Amani, saya jurutera baru di syarikat ni...", belum sempat aku menghabiskan kata-kata, setiausaha tu berkata, " Ooo...Cik Iman, jurutera baru..Emmm, bos belum sampai, tapi tak pe mari saya tunjukkan bilik cik sambil perkenalkan cik kepada staf-staf yang lain". Dengan perasaan yang sedikit blur, aku ikut je setiausaha tu. "Eh, lupa nak perkenalkan diri, nama saya Siti Zuraidah, setiausaha pengurus syarikat ni. Awak boleh panggil saya Zue" . Aku hanya mengangguk dan senyum sebaik saja dia perkenalkan diri. Sambil kami berjalan menuju ke bilik aku, Zue memperkenalkan aku kepada staf-staf lain. Alhamdulillah, mereka semua sangat peramah, tak macam pekerja dekat syarikat yang aku kerja semasa latihan industri dulu. Huh! Masa aku latihan industri dulu, kebanyakan pekerja bajet hebat, sombong, dan suka mengarah. Sangat annoying. 

Jam di tangan aku menunjukkan pukul 1 tengahari, masa untuk rehat. Aku terus membuka bungkusan makanan yang aku bekalkan dari rumah. Makan pun bawa bekal, jimat cermat la katakan. Mestilah sebulan pertama kerja ni kena jimat. Sekurang-kurangnya aku dapat jimatkan duit dalam akaun simpanan aku, al-maklumlah, abah cakap dia cuma bagi untuk tambang pergi balik kerja je untuk sebulan bekerja ni. Sedihkan! Tapi takpe, aku memang kena berdikari dan kena pandai berjimat cermat. "Iman, jom makan!", suara Zue tiba-tiba mengejutkan aku. Aku terus menunjukkan bekas makanan aku. " Ooo...ok, ingat nak ajak Iman pergi makan dekat satu restoren yang best kat hujung bangunan ni. Tapi takpe la. Iman ada nak pesan apa-apa tak?". " Emm..takpe la. Takde. Thanks Zue", sahut aku sambil menggelengkan kepala. 

Setelah selesai makan, aku menuju ke dapur pejabat untuk mengisi bekalan air kosong aku. Sambil aku mengisi air ke dalam bekas air aku, tiba-tiba pandangan aku tertumpu kepada satu sticker yang tertampal pada kabinet dapur. Sticker tu tertulis 'Forever'. Sticker itu mengingatkan aku pada seseorang. Tapi aku seperti hilang ingatan, aku tak ingat kat mana aku pernah jumpa sticker itu dan siapakah seseorang itu. 
"Kalau macam tu, banjir la kejap lagi pejabat ni." Tiba-tiba satu suara mengejutkan aku. Alamak! Dah melimpah-limpah air yang aku isi. Tapi, siapa yang tegur aku tadi? Aku segera berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat seorang lelaki berdiri di belakang ku sambil memandangku dengan senyuman. Dan lelaki tersebut adalah.........

---bersambung---

hehehehehehe.... nak tau apa yang terjadi, tunggu episod akan datang!