Wednesday, January 22, 2014

Hadapilah dengan Tenang.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ukhwah buat pembaca sekalian,

Hari ni dah 22 Januari 2014. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 2014. Bulan Januari 2014 pun dah nak habis. Tahun ni jugaklah saya bakal menghabiskan degree saya, insyaAllah. Rasa baru je masuk universiti. Dulu masa mula-mula masuk universiti, ada terfikir.. bolehkah saya ni survive di universiti ni. Macam manalah saya nak menghadapi halangan dan rintangan masa menuntut di universiti. hehee.. macam-macam terlintas di fikiran. Saya dapat hadapi ke semua tu? Macam manalah agaknya kalau saya ni pelajar tahun akhir. Tup-tup, tanpa disedari sekarang dah tahun akhir. Cepatkan masa berlalu. Dalam kepantasan masa berlalu, banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi. Masalah. Dugaan. Datang dan pergi. Tangisan kegagalan, tangisan kepenatan dan tangisan kerisauan. Semua dilalui. Walau bagaimanapun, semua penat lelah dihadapi dengan hati yang tenang dan kuat. Kunci utama bagi hati yang tenang ialah tak lain tak bukan sentiasa ingat Allah S.W.T. Sentiasa berfikiran positif. Sentiasa bersangka baik. Percaya akan qada' dan qadar yang Allah tentukan. Kerana setiap perkara yang berlaku atas kehendakNya, ada hikmah yang tersendiri. Mungkin kita menangis tangisan kegagalan hari ini, siapa tahu esok hari kita akan menangis tangisan kejayaan. Allah itu Maha Mengetahui. Allah sentiasa ingin menguji hambaNya. Allah sangat sayang akan hambaNya yang sentiasa sabar. Bersabarlah dengan setiap ujian dan cabaran. Pasti ganjarannya banyak. Sentiasa berdoa kepadaNya agar diringankan bebanan yang dihadapi. Sungguh. Allah sentiasa mendengar akan doa kita. Mohonlah dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan pernah rasa bosan untuk berdoa kepadaNya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Mendengar. 

"Akan banyak hal yang tak sesuai dengan kemahuan kita. Tetapi jalanilah sahaja, jangan menyerah. Yang penting kita makin dekat dengan Allah." - Mr. Tweeties