Friday, May 18, 2012

Indahnya Cinta Iman (Episod 2)


_____________________________________________________________________________

Setelah selesai makan, aku menuju ke dapur pejabat untuk mengisi bekalan air kosong aku. Sambil aku mengisi air ke dalam bekas air aku, tiba-tiba pandangan aku tertumpu kepada satu sticker yang tertampal pada kabinet dapur. Sticker tu tertulis 'Forever'. Sticker itu mengingatkan aku pada seseorang. Tapi aku seperti hilang ingatan, aku tak ingat kat mana aku pernah jumpa sticker itu dan siapakah seseorang itu. 
"Kalau macam tu, banjir la kejap lagi pejabat ni." Tiba-tiba satu suara mengejutkan aku. Alamak! Dah melimpah-limpah air yang aku isi. Tapi, siapa yang tegur aku tadi? Aku segera berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat seorang lelaki berdiri di belakang ku sambil memandangku dengan senyuman. Dan lelaki tersebut adalah abang kepada Murni, rakanku semasa aku di bangku sekolah menengah. Namanya Fareeq. "Ya Allah, Abang Fareeq. Lama tak jumpa. Apa abang buat kat sini? Abang kerja kat sini ke?" tanya aku pantas.  "A'ah..abang kerja kat sinilah. Iman pun kerja kat sini ke? Bila lagi?" balas Fareeq. "Yup..Iman baru hari ni kerja kat sini. Iman budak baru. Tak tau pulak yang abang kerja kat sini", jawab aku. Kami terus berborak-borak menanyakan hal masing-masing sehinggalah waktu rehat berakhir. "Emm...takpe la bang. Iman dah nak kena pegi sambung kerja, nanti takut bos marah. Abang takpe dah orang besar, vice president bahagian kewangan, Iman ni baru masuk hari ni, tak pasal-pasal hari ni jugak jadi hari terakhir kat sini". Fareeq hanya mampu tersenyum mendengar kata-kataku. "Tapikan, Iman belum jumpa lagi bos kita tu. Kata Zue, bos kita tu cerewet. Betul ke?" sambung aku ingin tahu. "Cerewet ke? Iman kena jumpa dulu dia, baru Iman tau dia macam mana", jawab Fareeq sambil ketawa kecil.

Selepas makan malam seperti biasa aku dan keluargaku akan luangkan masa bersama sambil menonton televisyen dan masing-masing akan menceritakan apa yang terjadi pada hari tersebut. Dan seperti biasa juga abah yang akan memulakan perbualan kami dengan menujukan soalan cepu emas kepada anak sulungnya tak lain tak bukan aku. Setiap hari kami akan meluangkan masa seperti ini sebab abah selalu bagitau anak-anaknya yang waktu malamlah waktu ibubapa perlu bersama anak-anaknya walaupun hanya 5 minit.
"Macam mana first day kerja? Okay? Staf-staf macam mana? Bos macam mana?" tanya abah. "Hari ni takde la penat sangat. Yang penat cuma bila kena berebut naik bas", jawab aku sambil melontarkan senyuman sinis kepada abah. "Staf semua okay, peramah semua. Tapi Aman tak jumpa lagi bos hari ni," sambungku. "Amboi, anak sulung abah ni. Tunggu sebulan lagi nanti abah bagilah Aman naik motor atau kereta tu. Aiman macam mana hari ni? Semalam kata ada lawan futsal? Menang ke?" abah terus menanyakan soalan kepada anak keduanya, Mohd Aiman Haiqal. "Abah nak tau, Aiman menang tapi dapat nombor dua", jawab Aiman dengan yakin. "Eleh Aiman, setakat nombor dua tu orang tak panggil menang la",  balas aku. "Ish, akak ni kan, biarlah, tempat kedua tu pon kira okay la", jawab Aiman sekali lagi dengan muka yakin. Belum sempat aku dan Aiman berbahas, abah terus menanyakan soalan kepada anak bongsunya, Nur Imarah Aisyah. "Adik, dari tadi abah tengok senyap je kenapa?" "Emmm...merajuk ngan ibu la tu, tadi dia nak beli doll, ibu tak bagi", balas ibu sambil ketawa kecil. "Adik..adik..kan dah banyak doll kat dalam almari dalam bilik adik tu. Lagipun adik kan dah sekolah sekarang, mana boleh beli mainan dah, malu nanti kalau kawan tahu", abah aku cuba memujuk adik yang menarik muka masam. Aiman dan Aisyah sangat manja. Aiman berumur 15 tahun manakala Aisyah pula 6 tahun memang sangat jauh jarak umur masing-masing, aku pun apa kurangnya masa kecil-kecil dulu. Sama je macam dorang. Cuma sekarang umur dah mencecah 23 tahun, takkanlah nak manja lagi. Geli kot!

Pejam celik hari ini dah masuk hari ke lima aku bekerja, maksudnya dah seminggu dah aku kerja kat sini. Alhamdulillah, setakat ni takde apa yang mengganggu kerja aku. Aku dah mula ramah dengan semua staf kat sini. Al-maklumlah, aku kan peramah orangnya...ceh! Tetiba masuk bakul angkat sendiri la plak.
"Iman!!! Amboi-amboi.. dah sedia ke nak meeting ni petang ni? Mengalamun panjang nampak", suara Zue memecah lamunanku. "Eh, mana ada mengalamun. Iman tengah fikirlah ni macam mana petang ni", aku berdalih. Aku ni memang kuat mengelamun. Sikit-sikit mengelamun. Kalau sehari tak mengelamun, tak sah. Petang ni aku ada meeting dengan bos besar, Datuk Ismal dengan CEO Mesra Holdings, nak bincang mengenai projek syarikat kami dengan Mesra Holdings. Dah la first meeting, pulak tu dengan CEO syarikat lain. Mintak-mintak semua berjalan lancar.

****************************

"Iman nak ke mana? Nape nampak macam rushing je ni?" tanya Zue. "Iman nak kena pegi ambil adik Iman kat sekolah, dah lewat ni, Iman pergi dulu ya Zue", jawabku sambil bergegas keluar bilik. "Iman...", tiba-tiba Fareeq muncul dan belum sempat dia berkata apa-apa aku terus memberitahunya, "Iman nak cepat, Iman pergi dulu". Hari ni aku terpaksa menjemput Aisyah pulang sekolah memandangkan abah dan ibuku tiada di rumah. Abah dan ibu ke Singapura untuk melawat Auntie Wan yang baru saja menjalani pembedahan lutut. Auntie Wan adalah ibu saudaraku, adik bongsu abah. Suami Auntie Wan, Uncle Putra orang Singapura. Dah lebih kurang 10 tahun Auntie Wan berkahwin dan tinggal di sana. Auntie Wan terpaksa menjalani pembedahan tulang di bahagian lutut disebabkan penyakit osteoartritis. Abah dan ibu ke sana mungkin dalam seminggu dan mungkin pulang Selangor selepas Auntie Wan keluar hospital. Jadi, dalam seminggu ni aku terpaksa menjadi ibu tunggal bekerjaya. Ke hulu ke hilir hantar dan jemput mereka. Nasib baik abah bagi aku guna kereta. Takdelah aku nak kelam-kabut cari teksi.
"Kakak, kat sekolah tadi, cikgu pesan suruh beli buku ni", kata Aisyah sambil menunjukkan kertas katalog buku kepadaku. "Buku apa tu Aisyah..emmm...alang-alang dah duk sini, kita pergi beli terus je lah buku tu", balasku sambil melontarkan senyuman buat adikku tercinta.

Setibanya di kedai buku, Aisyah terus berlari-lari masuk ke kedai buku mencari buku yang diperlukannya. "Aisyah, jangan lari. Nanti jatuh...", belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Aisyah segera membalas, "Takpe Kak!!" Tempat paling Aisyah gemari adalah di kedai buku. Bila datang je kedai buku macam tak nak balik rumah. Habis semua buku dia nak baca dan beli. Kalau tak beli merajuk. Kat rumah kami memang ada sebuah bilik bacaan khas buat Aisyah je, Aisyah's Mini Library. Sambil aku berjalan ke arah Aisyah, pandangan aku tiba-tiba teralih kepada sebuah novel bertajuk "Cinta High Class" dari novelist terkenal Fatimah Syarha. Aku seolah-olah kaku di hadapan novel itu. Tanganku terus mengapai novel itu dan aku menilik-nilik novel itu. "Cik, tengok kulit je tak jadi, kenalah beli", tiba-tiba satu suara di belakangku mengejutkan aku. Aku menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki senyum kepadaku. Mataku terkebil-kebil melihatnya. Dalam hatiku berkata, "Macam pernah aku jumpa mamat ni. tapi kat mana ye". "Cik...excuse me, cik..saya nak lalu. Cik ni memang suka mengalamun ya?" lelaki itu bersuara lagi. Baru aku teringat, lelaki itu adalah mamat yang aku jumpa dalam bas masa first day aku kerja. Lidah aku seperti tidak mahu bergerak dan berkata-kata. Aku hanya memandangnya dan memberi laluan kepadanya. "Terima kasih Cik Day Dreaming", sambung lelaki itu sambil ketawa kecil. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu apa yang terbuku dalam hati aku ni. Membuak-buak rasa nak marah. Kedai buku ni punyalah luas, kat sini jugalah dia nak jalan. Tapi malu bukan kepalang aku, kenapa la mesti terserempak dengan mamat ni!
"Kakak, Aisyah dah jumpa buku yang Aisyah cari", suara Aisyah sekali lagi mengejutkan aku dari lamunan. "Oo..yeke. jom!", balas aku sambil mengambil novel tadi untuk dibayar sekali.

****************************

Seperti biasa, kalau hari Isnin,  aku memang tak sempat nak rehat. Semua gara-gara kerja yang bertimbun. Pintu bilikku tiba-tiba diketuk. Zue muncul dan berkata, "Iman, jom. Bos panggil kita. Dia nak perkenalkan seseorang kat kita semua." Aku segera meninggalkan semua kerjaku dan melangkah ke arah bilik mesyuarat.
Sejurus aku tiba di bilik mesyuarat, Datuk Ismail segera memberitahu kami, "Assalamualaikum semua, hari ni saya nak buat pengumunan, saya nak perkenalkan kamu semua kepada pengganti saya iaitu anak saya Aniq Haniff, mulai esok, dia akan menggantikan jawatan saya sebagai CEO dalam syarikat ni". Mukaku seperti merah padam dan mataku seperti ingin tersembur keluar sejurus selepas melihat pengganti Datuk. Terkejut bukan kepalang aku apabila mengetahui aku akan bekerja dengan mamat bas tu dan dia adalah CEO syarikat ni. Mana aku nak letak muka aku ni, aku rasa seperti mahu lari 400m pecut dari situ. Bila tiba sesi perkenalan, dia memandangku dengan senyuman sinis sambil berkata, "Saya Aniq Haniff, minta kerjasama dan tunjuk ajar". Aku hanya senyum dan dan menggangguk saja. Sepatah haram perkataan tak keluar dari mulutku. "Iman.......", tiba-tiba Zue seolah-olah menyuruhku untuk bersuara. "Err...saya Nurul Iman Amani Sufri, Ketua Jurutera". Dia memandangku dengan senyuman dan berkata, "Cantik nama macam tuan dia." Arghhh..mukaku merah padam, sempat plak dia ni, ntah ikhlas entah tidak..macam mana aku nak kerja dengan dia ni. Ya Allah, kau lancarkanlah perjalanan hidup aku. Matilah aku kali ni!

"Iman, balik ngan apa petang ni?" Fareeq tiba-tiba muncul di belakangku. "Iman balik ngan kereta", balasku. Fareeq memang ambil berat terhadapku, dia seperti abang aku sendiri. Masa aku naik bas untuk ke pejabat dulu, dia selalu nak tumpangkan aku balik rumah, tapi aku tolak permintaan dia sebab aku takkan naik kereta lelaki bukan muhrim melainkan ada orang temankan. "Baiklah, Iman bawa kereta baik-baik tau, abang pergi dulu", Fareeq menyambung.  "Okay, terima kasih", balasku. Aku meneruskan langkah ke arah parking kereta. "Cik Day Dreaming tak naik bas ke hari ni?", tiba-tiba suara Aniq mengejutkan aku. Aku memandangnya dan berkata, "Eh, Encik Aniq rupanya. Ingatkan sape tadi ambil berat pasal saya", balasku. Aniq hanya membalas dengan ketawa kecil dan berlalu dari situ. Dah tiga hari kami bekerja bersama dan kami tak pernah bertegur melainkan hal kerja sehinggalah hari ini. Sebenarnya, aku segan nak tegur dia, aku rasa ada sesuastu berlaku yang membuatkan aku segan untuk bertegur sapa dengan dia. Sesuatu yang melibatkan hati dan perasaan. Aku rasa perasaan ini mucul ketika aku jumpa dia di kedai buku tempoh hari. Ish... Ingat Allah Iman Amani.. apa yang kau melalut ni.

--bersambung--