Tuesday, April 30, 2013

Allah kan ada...

Assalamualaikum.....

Agak lama saya rasa tak post entry baru. Semenjak dua menjak ni asyik busy je. Test, Kuiz, Assignment, visit situ visit sini. Dan sekarang, agak free sikit, sbb cuti pilihan raya. Semua orang balik ke kampung halaman untuk mengundi, tapi saya still di sini bertemankan bantal busuk dan tilam empuk...tak balik mengundi ke? Kalau orang tanya macam tu, jawapannya "Mana cukup umur lagi nak mengundi". hewhewhew.. Perasan muda la teewww....

Allahuakbar, kerja punya la banyak semester ni. Semester yang paling tough bagi Sarjana Muda Teknologi Alam Sekitar agaknya. Semua subjek nak kena site visit, tolak Urban Drainage je. Biasalahkan belajar, akan ada kesusahannya. Tak namanya belajar kalau semua benda nak senang. Redha, tawakal dan berserah kepada Sang Pencipta. Itulah yang terbaik. Dia telah tentukan semuanya dengan baik dan elok. Cuma kita perlu mencorakkannya. Sama ada kita harunginya secara manis atau pahit. Itulah dinamakan kehidupan. Ada manis ada pahitnya.

Kesusahan sekarang adalah keperluan untuk masa depan kita. InsyaAllah, kesusahan yang kita lalui sekarang akan membuahkan hasilnya untuk masa akan datang. Seperti kata-kata seorang sahabat saya, yang kini belajar di Universiti Al-Azhar, " Spent more time on your study now. What is 6 years of SACRIFICES then a lifetime of HARVEST!" Sungguh bermakna sekali kata-kata beliau. Kita habiskan masa untuk belajar, berjuang dan berkorban...mungkin suatu hari nanti dan hari yang mendatang serta seterusnya tiba musim menuainya. Allahurabbi, sungguh sempurna sekali aturan Allah.

Sentiasa berfikir secara positif adalah kunci untuk kita terus teguh berdiri. Percaya kepada ketentuanNya. InsyaAllah, segala urusan dapat dilakukan dengan sempurna. Berdoa kepadaNya agar segala urusan kita berjalan lancar. Allah SWT sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya. Dia Maha Penyayang dan Pengasih. Mungkin ada di kalangan kita Allah terus kabulkan doanya dan mungkin ada Allah tangguhkan dahulu. Itu semua ujian Allah terhadap hambaNya. Allah SWT mahu menguji kesabaran dan ketabahan hambaNya. Allah Maha Mengetahui. Berdoalah kepadaNya sentiasa tanpa rasa ada penat.

Usaha, Doa, Tawakal. InsyaAllah...ada jalannya..




Wassalam....