Sunday, February 24, 2013

Sebelum Mengumpat...

Assalamualaikum dan salam satu dunia...
Entry pertama musim ni mengajak kita semua untuk bermuhasabah, berfikir dan merenung sejenak. Dalam seharian kita bernafas di muka bumi Allah s.w.t ni, ada tak kita mengata, mengumpat atau mengaibkan seseorang? Atau sebelum ni, pernah tak kita mengumpat orang lain? Seperti mana yang kita ketahui, mengumpat adalah satu perbuatan yang ditegah Allah s.w.t dan ianya adalah satu dosa besar. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 12 bermaksud, "Wahai orang-orang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu merasa jijik. Dan bertakwalah keada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang". Jadi jelas di sini Allah s.w.t amat menegah perbuatan mengumpat ini. Oleh itu, sama-samalah kita elakkan daripada perkara mungkar ini. Jadi, sebelum mengumpat......
  • Ingatlah Allah s.w.t.
          Sedarlah jika suka mengumpat, anda tertedah kepada kemurkaanNya. Bila mengumpat anda melanggar perintah atau tegahanNya, maka peliharalah lidah agar tidak terjebak dalam dosa.
  • Cermin diri.
          Perhatikan, adakah anda seorang yg sempurna; tidak ada kelemahan dan keburukan? Tentu ada bukan? Kalau ada, lebih baik anda betulkan diri sendiri terlebih dahulu drpd mengumpat orang lain. Sabda Nabi s.a.w, "Bertuahlah orang yang selalu berusaha keras utk membetulkan dir sendiri, dpd menyebut-nyebut keaiban orang lain."
  • Bersyukur.
          Kalaupun anda tidak mempunyai kelemahan atau keburukan seperti orang yang diumpat, perlukah anda mengumpatnya? Akan berkurangkah darjat atau bertambahkah kelebihan anda dengan berbuat demikian? Anda sepatutnya mengucapkan syukur saja kerana dipelihara drpd sifar-sifat yang tdk baik itu.
  • Empati.
          Letakkan diri anda di tempat orang yang diumpat. Apabila orang lain mencela atau menyebut-nyebut keburukan anda, tentu anda terasa kepedihannya. Begitulah dengan pihak yang anda umpat. Jika begitu, usahlah sakiti hati orang lain kerana anda juga tidak mahu disakiti. 

"Orang yang kuat keimanannya pasti menjaga lidahnya daripada mengumpat orang lain."

Sama-samalah kita renung-renungkan.
Wassalam.

Sumber : Majalah Iman (Bil: 13)

No comments:

Post a Comment