Sunday, June 19, 2016

Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera.. 

Hampir setahun lamanya ku tak update blog ini. Alhamdulillah kali ni ku tekad gagahkan jari-jariku untuk berbicara sedikit sebanyak walaupun mata penat mengadap laptop. Sejujurnya banyak perkara yang ingin ku kongsikan sepanjang setahun dua ni, tapi apakan daya jari ini hanya berbicara sekadar yg mampu.

Sesungguhnya 2015 adalah tahun yang sangat mencabar bagi ku. Hati ini diuji dengan rasa yang berbeza. Diuji untuk menjadi manusia yang kental dan kuat. Perginya Hj Abd Rashid ke rahmatullah pada 26 Disember 2015 telah meninggalkan kesan yg besar terhdap kami sekeluarga. Kami diuji dengan kehilangan orang yang sangat kami sayangi. Allah lagi sayangkan arwah atuk. Sentiasa ku ingat pesan atukku untuk sentiasa berdamping dengan Al-Quran. Walau sesibuk mana pun kita, bacalah Al-Quran walau sepotong ayat untuk bersihkan hati kita. Arwah atukku guru Al-Quran ku yang pertama, dialah yang mengajarku aliff ba ta. Seorang datuk yang sangat sayangkan cucu-cucunya, tak pernah berkasar dengan cucu-cucunya. Semoga arwah atukku tenang di sana bersama para solihin disisi Sang Pencipta. InshaAllah.

"Ayoh, kami rindukan ayoh. Semoga ayoh tenang dan tunggu kami semua di sana."
 Al-Fatihah...

 *******


No comments:

Post a Comment