Saturday, January 18, 2014

Ketenangan

Lelaki yang tenang itu, adalah lelaki yang menjaga solatnya.

34 kali sujud dalam sehari, adalah titik ketenangan.

Sebab itu wanita yang tidak boleh solat, emosinya tidak stabil.
Sebab tak dapat 34 kali sujud setiap hari dia 'cuti'.

Solat 5 waktu = 34 kali sujud

Jumlah sujud ini, cukup untuk memberi ketenangan.
Jadi terjaga solat, terjagalah ketenanagan.
InsyaAllah...

Menjaga solat bukan sahaja solat 5 waktu, 
tetapi solat di awal waktu.

Sujud yang dapat pada awal waktu,
itu yang menyumbnag kepada ketenangan.

Ustaz ada cakap, lelaki yang selalu panas baran,
barangkali puncanya adalah dari solat yang tidak terjaga,
Jadi resepi ketenangan, adalah solat cukup 5 waktu, 
dan solat pada awal waktu juga.

Wallahu'alam

A Note to Yourself

Before befriending others, you have to be your own best friend.
Before correcting other, you have to correct yourself.
Before making others happy, you have to make yourself happy.
It is not termed as selfish but personal development.
Once you balance yourself, only then can you balance the world.


Wednesday, January 15, 2014

Redha Allah

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik. Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai. Dan tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia.
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia. 
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi berbuat silap sekali. Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain.
Itulah hakikat manusia.
Tetapi anainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan kebaikan. Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima alam baktimu yang satu itu.
Itulah Dia Tuhanku.

*****************************************

"Hanya perkara yang dituntut Allah adalah kekal. Selain dari yang itu, dunia hanya tempat persinggahan dan kesukaan sementara. Janganlah berdukacita dengan hal-hal yang fana."


si dia kepunyaan DIA

Apabila dirmu meminati seseorang, mohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersendakan, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa.

Namum, jika dirinya memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya.
InsyaAllah.

**********************************

"Hati itu sentiasa haus dan dahaga, tiada yang dapat memuaskan kehausan dan dahaganya melainkan rasa cinta kepada Allah, dan berzikir mengingatiNya."


Saturday, November 30, 2013

Satu Kepastian

Hati sendirian berkata seolah-olah diri ini akan menjadi miliknya.
Sentiasa membayangkan diri bersama dengannya.
Hati berdegup kencang tatkala terdengar namanya disebut.
Hati melonjak riang bila memandang wajahnya.
Hati tersenyum lebar ketika sapaan dia terhadapku.
Adakah ini dinamakan kemaruk cinta.
Errmmm...

Cinta..cinta..cinta..
Perasaan yang hadir tanpa diminta.
Perasaan yang datang tanpa dijemput.
Mungkin perasaan ini membahagiakan.
Perasaan ini dapat membuat seseorang tak keruan.
Mungkin juga perasaan ini boleh membuat orang hilang arah dan tujuan.
Fahami dan ketahui maksud di sebalik cinta,
Bagi yang benar-benar faham dan tahu apa itu cinta,
Mereka tidak dapat mendefinisikannya..Pasti.
Kerana cinta adalah satu perkara yang tidak perlu kita ungkapkan.
Cinta itu suatu perasaan yang tidak boleh digambarkan.
Semua orang akan mengalami cinta.
Cinta pada pasangan, cinta pada keluarga, cinta pada binatang.
Satu yang pasti CINTA ILAHI.

Seseungguhnya cinta Ilahi adalah cinta yang sangat agung.
Tanpa meminta untuk dicintai.
Pasti Allah cinta akan hambanya.
Itulah cinta yang sejati, cinta yang abadi.
Cinta itulah yang kekal tanpa cerai.
Cinta yang tak perlu kita ungkapkan.
Ungkapan cinta itu adalah ibadah.
Melakukan apa yang disuruh-Nya,
Meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Perkara itulah yang menunjukkan cinta kita kepadaNya.

Mendengar burung berkicauan di awan biru..
Aku jatuh cinta.
Melihat ombak memukul pantai.
Aku jatuh cinta.
Menghirup udara pagi yang dingin dan sejuk.
Aku jatuh cinta.
Merasa makanan yang sedap dan lazat.
Aku jatuh cinta.
Menaip setiap perkataan di ruangan ini.
Aku jatuh cinta.
Melangkah ke tempat ibadah.
Aku jatuh cinta.
Segala-gala yang dilakukan hanya kerana cintaku padaNya.
Hidup dan matiku hanya kerana cintaku padaNya.
Sesungguhnya ku bersyukur kerana dikurniakan cinta ini.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah..
Aku cinta padaMu Ya Allah,
Tuhan yang Satu,
Yang Maha Agung.

Sunday, July 21, 2013

Hanya Kerana Dia.

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua pembaca.
Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ni..
Diharapkan bulan Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas, lebih banyak amal ibadah kita kepada Allah SWT.. InsyaAllah.. 
Suka saya ingin kongsikan pengalaman saya selama hampir 1 bulan saya menjalani Latihan Industri di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di Putrajaya. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar tidak seperti yang dikuatiri.. hehe... tidak seperti yang difikirkan. Apa tak kuatirnya, selama ni saya bukannya pernah bekerja...huhu.. Ni lah kali pertama dalam hidup saya bekerja. Apa-apapun, syukur Alhamdulillah saya dapat membiasakan diri saya di sini. Selain pengalaman, ukhwah juga dibina. Dapat kenalan baru. Selain Fati dan Amir selaku coursemate Entech, ku dapat kawan baru dari UNIMAP, UKM dan POLITEKNIK Sabak Bernam. They're Kak Farah, Kak Syida and Alep. They're so sporting. Kenal dalam seminggu dah jadi boleh jadi geng. Ke sana ke mari bersama-sama. Nak makan sama, nak solat sama, nak balik bersama. Sentiasa bersama. Sampaikan ada staf-staf kat pejabat cakap, "Korang ni memang tak boleh berpisah eh?" Hehehe.. biasalah budak-budak baru nak belajar bekerja, mestilah ada gak pengaruh dari kampus. "Ber-geng". 
Selama hampir satu bulan kami praktikal di sini, kami telah dibawa melawat ke tempat-tempat yang ada kaitannya dengan sisa pepejal..huhu.. Sepertinya, Food Bank Petaling Jaya dan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram di Kuala Selangor. Selain tu, kami juga ditempatkan di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan juga di Alam Flora Sdn Bhd. Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengetahuan yang kami timba dari lawatan dan juga penempatan selama beberapa hari tu.
Hehehe.. 
Ilmu pengetahuan bukan setakat dipelajari di sekolah mahupun universiti, apa yang berlaku di sekeliling kita juga dapat dijadikan ilmu dan pengetahuan kita asalkan ianya dapat memberi manfaat kepada kita. Seperti yang kita ketahui, belajar adalah satu kewajipan bagi setiap insan. Apa yang saya harapkan dan targetkan melalui latihan industri yang sedang saya jalani ini adalah ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat dan berfaedah kepada saya, juga ianya dapat membantu saya ketika saya memerlukannya.
InsyaAllah...
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam didalaminya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di luatan hidup ini. InsyaAllah, jika niat kita betul, maka betullah jalan itu. Jika niat kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah SWT, jadi hasil dan buahnya akan memberi manfaat dan kelebihan kepada kita. Segala-gala yang kita lakukan di atas muka bumi ini adalah tidak lain tidak bukan hanya kerana Allah SWT. 
Sama-sama kita perbetulkan niat kita dalam apa juga pekerjaan yang kita lakukan. Niat hanya kerana Allah SWT. Lillahi Ta'ala...

Wassalam....

Me, Kak Syida, Fathi, Kak Farah, Amir, Alep (peace)

"Hidup tidak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan."
"Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula memerlukan kejayaan. Kejayaan pula akan memerlukan kebahagian."